E). ADAB MAKAN
Satu-satunya adab makan-minum yang utama sekali
ialah mengunyah makanan dengan betul hingga hancur dan lumat. Ini adalah factor
yang penting sekali. Banyak sekali sebab-sebab ketidakhadaman berpunca dari
makan terlalu cepat. Bila makanan itu telah bercampur dengan air liur lalu
dikunyah dengan betul ketika berada di dalam mulut, maka setengah dari kerja
penghadaman itu telahpun tercapai. Ketika makanan itu berada di mulut, kelenjer
air liur akan melakukan fungsinya yang utama dalam proses penghadaman peringkat
pertama itu dengan mengeluarkan suatu bendalir yang sangat baik kerana
mengandungi susunan kimia yang tertentu untuk menghancurkan makanan itu.
Setelah makanan itu separuh hancur keadaannya
maka ia pun masuk ke saluran penghadaman di mana berlaku peringkat kedua dari
proses penghadaman itu. Banyak kes-kes serangan jantung adalah berpunca dari
keadaan ketidakhadaman makanan. Maka itu amatlah mustahak sekali bahawa aspek
peraturan makan-minum ini diberikan perhatian yang secukupnya. Maka itu
makanlah dengan perlahan-lahan dan jangan sesekali terburu-buru.
Selain dari aspek mengunyah makanan dengan betul
kita juga elok membiasakan diri mengawal atau menahan diri dengan meninggalkan
satu masa makan dan tunggu setelah timbulnya nafsu untuk makan, daripada makan
pada waktu makan sedang semata-mata kerana tibanya masa makan itu. Kita makan
kerana lapar bukannya kerana sudah tibanya masa makan. Apalagi kalau perut kita
masih lagi berasa kenyang. Maka itu jelaslah bahawa adab yang kurang sihat yang
harus dijauhi semasa makan ialah sikap atau tabiat terburu-buru.
Tabiat itu tidaklah baik jika diamalkan kerana
ia boleh menyebabkan ketidakhadaman serta berbagai gangguan penyakit yang lain.
Jika anda hanya mempunyai sepuluh minit sekalipun untuk makan, maka kunyahlah
makanan anda dengan betul buat masa itu dan tinggalkan yang lain walaupun
makanan yang telah dimakan itu baru hanya sedikit sahaja. Makanan yang sedikit
jika dimakan dengan betul adalah jauh lebih berfaedah daripada makanan yang
banyak tetapi dimakan secara tergesa-gesa.
Selain dari makan tergesa-gesa, satu lagi tabiat
makan minum yang kurang elok ialah makan sesuatu yang terlalu panas ataupun
sejuk. Hasil penyelidikan dan pemerhatian sains kedoktoran juga telah
membuktikan bahawa binatang jarang sekali minum minuman yang panas kerana
nalurinya menyatakan bahawa perbuatan itu tidak betul dan manusia akan mendapat
pengetahuan dari tabiat binatang itu kiranya ia mahu menggunakan akalnya
sedikit. Selain dari itu minum air panas atau sejuk semasa makan juga tidak
sihat jika dikaji dari segi kesihatan.
Perbuatan itu hendaklah dijauhi kerana ia akan
menimbulkan keadaan asid yang lemah dalam perut yang mana akhirnya akan
mengakibatkan sama ada makanan itu akan lambat dihadamkan ataupun menyebabkan
berbagai gangguan pada perut dan poros usus. Akibatnya ialah sembelit yang mana
akan menimbulkan keadaan racun dalam system tubuh hingga mengakibatkan sakit
perut dan barah. Selain dari melemahkan fungsi air liur yang keluar dari
kelenjarnya bagi membantu menghancurkan makanan dalam mulut.
Jika air liur itu dibantu oleh air untuk
melaksanakan fungsinya maka lama kelamaan fungsinya pun bertambah lemah.
Ambillah kuah kalaupun terpaksa sebagai ganti pada minuman itu bila terasa
benar hendak minum. Minum semasa makan bukan sahaja akan melarutkan bendalir
dalam usus bahkan melemahkan fungsi kelejar yang mengeluarkan bendalir
penghadaman itu.
Dr. Terssilian Maud dalam bukunya, “Cancer, Its
Die Tics Causes And Cure” telah menambahkan satu lagi adab yang harus dijauhi
semasa makan, iaitu memikirkan soal-soal yang selain dari perbuatan makan itu.
Tegasnya doktor berpendapat bahawa kita janganlah sekali-kali memikirkan
hal-hal lai, ataupun menyelesaikan masalah kerja, social ataupun keluarga semasa
makan. Tidak ada faktor yang lebih mengganggu kesempurnaan pencernaan dari
keadaan terganggunya fikiran semasa makan.
Tabiat membawa masalah fikiran yang kerap
diakibatkan oleh faktor-faktor kewangan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya di
meja makan adalah satu tabiat yang tidak sihat dan sama sekali haruslah dijauhi.
Ini akan mengganggu pencernaan makanan itu serta membuka jalan bagi timbulnya
penyakit sembelit. Maka itu eloklah tinggalkan meja makan itu kalau anda sedang
berasa penat, marah, bimbang ataupun murung dan jika perlu masa makan yang akan
datang juga sehingga keadaan itu pulih kembali. Sebabnya ialah kerana tenaga
tubuh itu tertumpu pada emosi yang tertentu dan maka itu tidak ada lagi yang
tinggal buat menjamin penghadaman yang betul.
Selain dari itu kita janganlah makan sejurus
sahaja habis melakukan kerja yang berat baik yang menggunakan tenaga badan
ataupun tenaga berfikir. Berilah tubuh dan otak sedikit masa untuk berehat
dulu. Kita juga jangan sesekali membiarkan anak-anak makan antara wakti makan
kerana ini adalah satu tabiat yang kurang sihat juga serta faktor yang paling
utama yang membawa kepada ketidakhadaman.
Jika seseorang itu menghidap selesma, demam
ataupun berasa tidak sedap badan, maka elok tinggalkan sahaja makanan itu
hingga gejala-gejala penyakit itu telah mulai berkurang. Jika anda berasa tidak
selesa selepas habis makan, itu harus barangkali anda telah terlampau banyak
makan atau berbagai jenis makanan yang dicampur pada makanan anda itu, ataupun
mungkin anda belum lagi rasa lapar yang sebenar sebelum anda makan tadi. Kesan
ini dapat dihilangkan dengan meninggalkan masa makan yang kemudiannya.
No comments:
Post a Comment