Thursday, 26 January 2012

KUMAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENYAKIT



Ramai orang telah mengetahui tentang bahaya kuman kepada kesihatan dirinya di masa ini. Bagaimanapun sedikit benar antara kita yang kurang maklum tentang hubungan kuman itu dengan penyakit yang dihidapi manusia. Kuman dan yang sejenis dengannya seperti bacteria, mikrosop, vairas, dan lain-lain lagi adalah nama-nama hidupan-hidupan yang teramat kecil hingga tidak dapat dilihat oleh mata kita. Kecuali jika kita menggunakan teropong pembesar atau mikrosop. Kuman-kuman ini pula jika terdapat di tempat-tempat yang sesuai dapatlah ia menimbulkan perangian atau ‘fermentation’.

Jenis-jenis Kuman

Kebanyakkan orang percaya bahawa kuman itulah yang menyebabkan kita terkena penyakit seperti demam, cacar, kolera, selesma, batuk, dan sebagainya lagi. Walaupun dalam sesetengah jenis penyakit perkara ini dibenarkan, namun kepercayaan bahawa semua orang terkena atau dikalahkan oleh kuman adalah salah sama sekali. Jarang sekali kita bertanya diri kita mengapa kadang-kadang seseorang itu boleh terkena penyakit yang menjangkit sedang seseorang yang lain pula boleh terselamat? Yang lebih pelik lagi kadang-kadang dalam masa musim wabak demam flu atau ‘influenza’ misalnya ada orang sekali terkena sedang seseorang yang lain pula terselamat padahal mereka itu mungkin tinggal serumah.

Ini menunjukkan ada sesuatu dalam diri manusia itu yang menyebabkan ianya mudah terkena penyakit ataupun sukar sekali terkena penyakit yang menjangkit. Sebenarnya setiap manusia itu telah dikurniakan suatu ‘senjata’ yang disebut kuasa hayat ‘body resistence’ dalam bahasa Inggerisnya. Ada pun kekuatan kuasa hayat ini adalah bergantung pada sejauh mana seseorang manusia itu menjalani cara hidupnya. Semakin patuh ia menjalani peraturan hidup yang sihat dan bersih maka kuatlah kuasa hayatnya itu. Demikian pula sebaliknya.

Bersambung............

No comments:

Post a Comment