Tuesday, 6 March 2012

Part 2... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


A. PERSEDIAAN MAKANAN

Untuk menjamin memperolehi sebanyak-banyak faedah dari makanan yang kita makan, pengetahuan sedikit sebanyak tentang cara penyediaan makanan itu perlu juga diketahui. Ini termasuklah aspek memilih dan cara memasak makanan itu. Dasar yang pertama sekali harus diingat bahawa makanan itu mestilah asli dan baru, bukannya hasil perusahaan kilang seperti makanan-makanan yang sudah diperhalus atau dalam tin. Kedua cara masakan makanan itu hendaklah diperhatikan agar tidak merugikan kepentingan tubuh kita. Jika memasak sayur-sayuran misalnya hendaklah jangan lama supaya zat-zat vitamin dan galian tidak terhapus kerana masakan itu.

Selain itu, rasa masakan makanan yang asli itu janganlah dilindungi dengan rempah-rempah kerana jika kita membubuh rempah, kita tidak akan mengetahui dengan mudahnya sama ada makanan itu rosak atau tidak. Tetapi dengan membubuh rempah kita dengan mudahnya akan mengetahui sama ada makanan itu sudah rosak atau tidak disebabkan dari rasanya yang sedap atau tidaknya itu.


BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment