Thursday, 8 March 2012

Part 4... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


C). MASA MAKAN

Satu-satunya peraturan makan minum yang sihat ialah membiasakan diri kita makan pada bila-bila masa sahaja perut kita berasa lapar dan berhenti makan bila perut mula terasa kenyang, kerana kenyang bukanlah seharuSnya menjadi tujuan makan. Sebab apabila kenyang dijadikan sebagai tujuan maka orang akan makan apa sahaja yang akan mengenyangkan perutnya tanpa memperhatikan lagi apakah makanan itu boleh membahayakan kesihatannya atau tidak.

Tujuan makan adalah untuk menghilangkan rasa lapar dan bukannya untuk memuaskan hawa nafsu. Kita disuruh makan adalah supaya dengan makanan itu kita akan peroleh tenaga yang dapat dijadikan sebagai modal hidup.

Sekali lagi dalam soal makan minum ini member satu peringatan dan pengajaran pada kita bahawa punca penyakit itu adalah sebenarnya dari kebiasaan makan-minum yang salah sesuai dengan dasar fahaman doktor-doktor dari system kodoktoran Naturopathy dan bahawa jika kita dapat memlihara peraturan makan minum yang sihat, kita sebenarnya tidak memerlukan pertolongan doktor.

Maka itu, jelaslah bahawa makan bila perut mula berasa lapar amatlah musatahak sekali jika kita mengkehendaki faedah sepenuhnya dari makanan itu. Untuk memperoleh rasa lapar yang betul, maka makanan itu hendaklah dimakan diantara jarak masa antara 5 hingga 6 jam. Perut kita harus diberi kerehatan yang cukup dan janganlah makan suatu apa di antara masa makan itu kerana perbuatan itu boleh melemahkan kuasa alat-alat penghadaman itu. Sebagai contoh, jika masa kita bersarapan pagi itu jam 8.00 pagi, maka makan tengahari kita seeolok-eloknya ialah jam 1.00 petang dan makan malam pula pada jam 7.00 malam.

Oleh yang demikian, untuk menjaga kesihatan tubuh dan supaya kita peroleh sebanyak-banyak faedah dari makanan yang kita makan itu kita hendaklah menjauhi kebiasaan makan-minum tidak mengikut waktunya. Jangan paksa diri kita makan jika kita belum berasa lapar kerana itu tandanya tubuh kita belum lagi memerlukan makanan keitka itu. Jika ini dilakukan bukan sahaja kuasa alat-alat penghadaman kita akan bertambah lemah bahkan akan menyebabkan kita mendapat sembelit.

Alat-alat penghadaman sebagaimana juga dengan alat-alat tubuh yang lain perlulah diberi kerehatan yang cukup. Kalau kita makan tidak mengira waktu, maka berertilah kita juga tidak memikirkan penderitaan yang ditanggung oleh alat-alat penghadaman itu justeru tidak diberi masa rehat yang cukupnya. Satu lagi tabiat yang kurang sihat ialah makan sejurus sahaja bangun dari tidur di pagi hari.

Sebaliknya amatlah elok sekali jika kita minum segelas air masak yang telah dimasukkan dengan air perahan sebiji limau nipis agar dengannya dapat mengeluarkan benda-benda kotor yang tidak berguna dari tubuh serta menjauhkan kita daripada sembelit.

No comments:

Post a Comment