Sunday, 11 March 2012

Part 5... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


D). SUKATAN ATAU KADAR MAKANAN

Manusia kebanyakannya bukan sahaja berbuat silap tentang masa makan, bahkan ramai juga yang tidak mengerti setakat atau sebanyak mana mereka harus makan. Kadang-kadang sukatan makanan yang dimakan itu selalunya tidak seimbang dengan tenaga yang mereka curahkan. Ini kebiasaannya kerap berlaku pada mereka yang bekerja menggunakan otak. Disebabkan penghidupan mereka yang lumayan maka dorongan untuk makan besar dan sedap-sedap selalu mempengaruhi jiwa mereka.

Akibatnya berat badan mereka kian bertambah justeru makan dan tidur yang berlebih-lebihan tetapi sedikit atau jarang sekali melakukan senaman. Akibatnya mereka menjadi teman penyakit. Menurut Dr. Harry Benjamin, bagi kebanyakan orang makan dua kali sehari itulah sebaik-baiknya, tiga kali sehari juga baik pada sesetengah orang pula pula tetapi lebih kerap membawa gangguan jika tidak berhati-hati. Tetapi makan lebih dari tiga kali sehari adalah sama sekali bertentangan dengan peraturan makan-minum yang sihat sebagaiman yang dikehendaki oleh Ilmu Dietics. Orang-orang yang melakukan kerja otak haruslah makan dua kali sehari. Kanak-kanak yang sedang membesar haruslah makan tiga kali sehari.
Walaupun menurut kebiasaannya manusia umumnya makan tiga kali sehari tetapi ada pula sesetengah golongan kedoktoran yang berpendapat makan dua kali sehari sudahpun mencukupi, lalu mereka mengamalkan apa yang dinamakannya susunan makanan tanpa sarapan pagi atau “No Breakfast Plan”. Pelopor-pelopor golongan ini menghujah bahawa tidak seorang pun setelah memperoleh makan tidur yang selesa memerlukan makanan hingga ia melakukan sesuatu kegiatan. Menurut Dr. Stanley Lief, dalam bukunya, “How To Eat For Health,” susunan tersebut itu amatlah baik disebabkan dua factor. Pertama ia memberikan masa berehat yang cukup pada perut setiap hari dan kedua kerana ia dapat mengawal kemasukan makan berkaitan dengan kadar atau sukatan yang hendak dimakan itu.

Katakanlah makan malam kita yang akhir itu jam 8.00 malam maka proses penghadamannya akan tamat kira-kira tengah malam dan oleh kerana makanan yang selanjutnya akan dilakukan pada waktu tengahari esoknya, maka alat penghadaman seseorang telah dapat dijamin beroleh masa rehat yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 10 jam lamanya. Anehnya jarang sekali orang memikirkan bahawa perutnya juga memerlukan masa untuk berehat. Sesungguhnya alat perut itu adalah alat yang paling teruk sekali dalam system tubuh. Bila organ penghadaman itu mendapat masa rehat yang panjang ia akan sendirinya menyesuaikan dengan keadaan itu dan dengan demikian ai akan sendirinya menyesuaikan dengan keadaan itu dan dengan demikian akan menambahkan lagi kecergasannya dalam fungsi menghadamkan makanan. Dengan lain perkataan kita makan itu dan dengan dua kali makan sehari maka akan lebih mudah lagi system penghadaman kita menghadamkan makanan karbohidrat.
Oleh kerana peraturan makanan yang sihat menghendaki kita makan bila perut berasa lapar dan berhenti bila perut mula berasa kenyang maka ini sendirinya mengingatkan kita agar menjauhi tabiat makan secara berlebih-lebihan. Kebiasaan ini bukan sahaja dipandang buruk dari segi kesihatan bahkan merupakan satu perbuatan yang tidak sihat untuk perut dan tubuh badan kita. Kita telah diamanahkan untuk menjaganya dari kerosakan dan penyakit dan kejayaan ini tentulah tidak mungkin tercapai jika kita tidak mengetahui ilmu Dietics, ilmu kesihatan dan bilogi dan kalaupun mempunyai fahaman yang baik tentang perkara itu, tidak juga akan kita mencapainya kiranya kita enggan mematuhinya.

Ramai orang justeru barangkali mewah hidupnya telah menjadi bosan kerana tidak tahu bagaimana hendak mengisi masa lapangnya dengan kegiatan yang sihat. Mereka hanya gemar menghabiskan masa dengan makan-minum yang berlebihan hingga menderita penyakit sembelit. Dalam tubuh orang-orang seperti inilah merupakan tempat yang subur bagi tumbuhnya penyakit barah. Bahkan dalam dunia binatang anehnya, dimana naluri tabiinya belum lagi dirosakkan, kita akan satu kali makan dalam sehari sudahpun mencukupi. Bahkan ada sesetengahnya makan sekali bagi tiap-tiap seminggu seperti ular sawa, harimau dan lain-lain lagi.

Makan tiga kali atau lebih dari itu dalam sehari adalah satu tabiat yang buruk dan bukannya satu keharusan. Kita makan kerana sudah sampai waktu makan dan bukannya selalu kerana kita telah benar-benar lapar.

BERSAMBUNG...



No comments:

Post a Comment