Ketika kita masih muda, tenaga kuasa hayat
kita itu begitu kuat sekali. Tetapi bila kita semakin tua dan semakin banyak
melanggar peraturan hidup yang sihat maka kekuatan kuasa hayat kita pun menjadi
semakin lemah. Pada ketika itulah seseorang itu mula mendapat penyakit-penyakit
yang kronik yang berat seperti diabetis, jantung, darah tinggi, encuk dan
sebagainya.
Dengan ini dapatlah kita faham bahawa
penyakit yang dihidapi oleh seseorang itu padahal sebenarnya bukanlah kerana
kuman. Melainkan kerana perbuatannya melanggar peratura-peraturan hidup yang
sihat seperti eraturan makan minum yang salah dan sebagainya lagi. Kuman sebenarnya
adalah soal kedua dalam hubungannya dengan penyakit yang dihidapi seseoran.
Kuman dan yang sejenis dengannya itu adalah jenis hidup-hidupan yang menurut
sifat kejadiannya memakan benda-benda yang busuk dan kotor. Maka itulah bila
keadaan tubuh dan saluran darah kita itu tidak bersih maka kita sendirinya
memberikan keadaan yang sesuai bagi pembiakan kuman dalam sistem tubuh kita
itu.
Kuman yang merbahaya sebenarnya tidak dapat
hidup subur dengan membiak dalam tubuh manusia yang sihat. Saya terpaksa menggunakan
istilah kuman-kuman yang merbahaya kerana ramai antara kita yang harus tidak
tahu adanya kuman-kuman yang berfaedah dalam tubuh kita. Kalaulah kuman itu
sahaja menyebabkan kita sakit, kita tidak akan dapat hidup hingga hari ini,
kerana kuman itu sentiasa terdapat dalam tubuh kita sepanjang masa.
Sesetengahnya berfaedah sedang setengahnya lagi adalah merbahaya bagi tubuh
kita. Tetapi kuman yang merbahaya itu akan hanya menjadi aktif dan membiak bila
keadaan darah kita itu tidak bersih dan sihat.
Berusaha menentang atau membunuh kuman apakal
ditimpa penyakit tidak akan membawa erti bagi hidup manusia itu selagi ia tidak
belajar menjaga peraturan makan minumnya dengan betul serta cara hidup yang
sihat. Keadaan ini semalah dengan seorang yang membeli ubat nyamuk untuk
membunuh nyamuk tanpa berusaha untuk menghapuskan puncanya, iaitu halaman
rumahnya yang kotor dengan sampah sarap. Jika ia belajar membersihkan halaman
rumahnya ubat nyamuk tidak berguna lagi sebab nyamuk akan sendirinya hilang
dari rumahnya. Demikian halnya dengan system tubuh dan keadaan darah kita. Bila
keadaan darah kita itu bersih dan sihat maka kuasa hayat atau ‘body tesistance’
kita pun menjadi semakin kuat dan kuman pun tidak ada tempat untuk hidup di
dalamya.
Maka itulah dalam soal memelihara kesihatan
diri kita soal bagaimana hendak menguat dan menyihatkan darah kita harus
mendapat perhatian yang utama sekali. Tetapi bagaimana caranya? Pertama ialah
dengan memilih dan memakan barang-barang makanan yang boleh menambahkan kekuatan
darah kita sera menjauhi segala jenis makanan yang boleh melemahkan tanaga atau
kekuatan darah kita itu. Makanan yang boleh membersih dan menguatkan darah kita
itu tidak lain ialah segala jenis makanan asli yang langsung dihasilkan oleh
alam seperti buah-buahan, ulam-ulam dan sayur-sayuran. Bila darah kita bersih
dan kuat maka dapatlah ia menjalankan tugasnya yang penting iaitu membunuh
kuman dalam tubuh dan mencegah kita dari sebarang penyakit.
Inilah satu-satunya rahsia kesihatan yang
sebenar. Dan inilah juga rahsia kesihatan, kecergasan dan kepanjangan umur
nenek moyang kita dulu yang lebih banyak bergantung pada buah-buahan,
ulam-ulam, pucuk-pucuk daun dan sayuran-sayuran daripada makanan tidak asli,
makanan penghasilan perusahaan yang banyak terdapat di dunia moden kita hari
ini.
Sayur-sayuran |