Thursday, 26 January 2012

KUMAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENYAKIT



Ramai orang telah mengetahui tentang bahaya kuman kepada kesihatan dirinya di masa ini. Bagaimanapun sedikit benar antara kita yang kurang maklum tentang hubungan kuman itu dengan penyakit yang dihidapi manusia. Kuman dan yang sejenis dengannya seperti bacteria, mikrosop, vairas, dan lain-lain lagi adalah nama-nama hidupan-hidupan yang teramat kecil hingga tidak dapat dilihat oleh mata kita. Kecuali jika kita menggunakan teropong pembesar atau mikrosop. Kuman-kuman ini pula jika terdapat di tempat-tempat yang sesuai dapatlah ia menimbulkan perangian atau ‘fermentation’.

Jenis-jenis Kuman

Kebanyakkan orang percaya bahawa kuman itulah yang menyebabkan kita terkena penyakit seperti demam, cacar, kolera, selesma, batuk, dan sebagainya lagi. Walaupun dalam sesetengah jenis penyakit perkara ini dibenarkan, namun kepercayaan bahawa semua orang terkena atau dikalahkan oleh kuman adalah salah sama sekali. Jarang sekali kita bertanya diri kita mengapa kadang-kadang seseorang itu boleh terkena penyakit yang menjangkit sedang seseorang yang lain pula boleh terselamat? Yang lebih pelik lagi kadang-kadang dalam masa musim wabak demam flu atau ‘influenza’ misalnya ada orang sekali terkena sedang seseorang yang lain pula terselamat padahal mereka itu mungkin tinggal serumah.

Ini menunjukkan ada sesuatu dalam diri manusia itu yang menyebabkan ianya mudah terkena penyakit ataupun sukar sekali terkena penyakit yang menjangkit. Sebenarnya setiap manusia itu telah dikurniakan suatu ‘senjata’ yang disebut kuasa hayat ‘body resistence’ dalam bahasa Inggerisnya. Ada pun kekuatan kuasa hayat ini adalah bergantung pada sejauh mana seseorang manusia itu menjalani cara hidupnya. Semakin patuh ia menjalani peraturan hidup yang sihat dan bersih maka kuatlah kuasa hayatnya itu. Demikian pula sebaliknya.

Bersambung............

Sunday, 22 January 2012

Beautician yang kesepian

Haiii... haiii.. haiii.. Salam sejahtera semua... apa kbr anda di luar sana??

Hwwaa.... malam ni saya keseorangan pula duduk dalam rumah... Rasa bosan dan sunyi sepi menyelubungi diri. So tiada pilihan lain lagi selain dari berkunjung dan mencoret luahan hati yang bosan dalam blog ni..
Perut pun terasa nak makan, tapi malas pula nak turun dari tingkat 18 condo ni ke kedai mamak bawah tu.

Actually, badan dah rasa penat kot. Tadi pukul 2ptg saya dan leader saya yang juga sebagai inspirasi idea saya pergi ke Precint 16, Putrajaya untuk menghadiri first tour sixtyninez group untuk tahun 2012 ini. Seperti kebiasaannya leader saya akan mengajak saya ke setiap aktiviti road tour, BOP atau Mega BOP sebab diperlukan untuk jadi beautician untuk buat demo produk kecantikan AESTHETIC4SKIN.

Seperti kebiasaannya, pengerusi majlis bagi road tour tersebut akan dipegang oleh insan yang sangat terkenal dengan kelantangan suara, idea2 bernas yang dileparkan dan mempunyai perwatakan menarik serta boleh menghiburkan hati setiap audience. Insan ini tidak lain dan tidak bukan adalah En. Shah Putra.

Manakala untuk slot sharing pula diambil oleh anak muda yang sangat dikagumi yang mana mencapai status MANAGER dalam usia 21tahun mempunyai 2 buah kereta BMW. 1st car is BMW 3 series.. Then the 2nd Car kalau tidak silap BMW 5 series. Status manager tu bukan senang nak capai woooo... Mesti sekurang2nya mempunyai pencapaian pendapatan RM7,000 dan ke atas. Memang saya respect dengan anak muda ni.

Dan untuk preview dan tunjuk ajar menjadi usahawan online pula dilakukan oleh jutawan muda usahawan internet yang memecah rekod jutawan internet dalam masa yang paling singkat iaitu hanya mengambil masa 9 bulan sahaja dah collect 1.2 juta. Insan ini tidak lain dan tidak bukan ialah jutawan muda Dr. Ahmad Zulfaizal.

Manakala untuk beauty talk pula dikendalikan oleh pakar beautician iaitu Pn. Ima Zara. Inilah kelebihan mengikuti group sixtyninez akademi kerana semua kemudahan ada disediakan. Nak tahu macam mana nak jadi usahawan internet, ada mentor yang mengajar secara teori dan praktikal. Kalau nak tahu pasal produk kecantikan, nak belajar jadi beautician, atau nak tahu cara-cara mengatasi masalah kulit wajah dll, pakar beautician bersedia untuk memberi tunjuk ajar. Dan semua itu diberikan secara PERCUMA apabila telah menjadi ahli group sixtyninez akademi. Best sangat2!!! :)

Hurm... Selepas preview yang bermula pada jam 2.30ptg tu berakhir, masa tu dah pukul 4.40ptg dah... Masa ni turn saya pula nak buat demo di muka akak tu. Demo mengenai produk tebaik ni la.. So apa lagi terpaksa la buat depan mentor2  hebat serta depan beautician2 yang lain.. Pakar beautician Pn. Ima Zara pun ada time tu..

First memang agak gementar la jugak buat demo dikelilingi dengan orang ramai, tapi kejap jer gementar. Bila sudah start buat pembersihan di muka akak tu rasa seronok pula. Gementar pun sudah hilang. So saya pun buat demo di sebelah muka akak tu. Kenapa perlu buat sebelah muka sahaja sebab nak bagi tengok apa perbezaan muka sebelah yang saya pakaikan dengan produk AESTHETIC4SKIN dan muka sebelah lagi yang tidak pakai.

Fuuhhh... Memang nampak beza sangat2. Saya baru sapukan DermaGlow Gel, anak akak tu dah bising2 nampak beza la mak. Nampak garis perbezaan kat tengah2 dahi mak tu. Muka sebelah putih dan tegang.

Haahhh... Itu belum guna Dermashine Day Care lagi, lepas saya sapukan DermaGlow Gel tu sy biar dulu dalam masa 3 4 minit, biar akak tu tengok sendiri melalui cermin perbezaan kulit muka dia sebelah menyebelah.

Lepas tu baru saya letakkan DermaShine Day Care pula. Lepas letak tu dan saya biarkan akak tengok dan rasa sendiri apa perbezaan dengan muka sebelah yang saya tidak sentuh lagi. Kemudian saya pun buat pula kat muka sebelah lagi. Kalau tak buat nanti kang hairan pula orang lain tengok kenapa muka akak sebelah tu  jer yang putih, cerah, berseri dan pipi tegang naik ke atas. Selesai saja buat demo ke sebelah menyebelah muka akak tu tanpa banyak soal, akak tu terus jer beli produk AESTHETIC4SKIN.

Dah agak dari awal akak ni confirm terus beli produk ni.. Sebab mengikut pengalaman saya sepanjang saya buat demo PERCUMA mengenai produk ini memang kebanyakkan mereka akan terus beli masa tu selepas sahaja saya buat demo di muka mereka. Kalau yang tidak beli tu sebab masa tu kurang bajet jer. Tapi lepas tu memang diorang akan beli jugak.

Actually, saya nak letak muka akak yang saya buat demo tadi tu tapi gambar ada kat handphone leader saya pulak.... Esok jelah saya letak.. Esok kamu tengok ye hasil demo yang saya buat...

Hurmmm... Rasanya sampai sini jelah coretan luahan hati yang bosan ni... Terima kasih kerana sudi membaca.. Tata... :)

Saturday, 14 January 2012

Kelebihan & Kekurangan ASB

Salam sejahtera buat semua... Saya baru balik dari menghadiri kelas Produk MAA Takafulink.. Banyak ilmu yang saya perolehi pada hari ini. Hari ini saya mendapat tahu bahawa hampir 90% daripada orang yang berduit akan menyimpan duit mereka di Bank Amanah Saham Bumiputera (ASB). Kenapa ye?? Apa kelebihan dan keistimewaan bank tersebut bagi anda semua??

Dan tidak ramai orang yang tahu bahawa ada cara menyimpan duit yang memberikan faedah serta binefit yang lebih baik daripada ASB. Saya pun sangat2 teruja dengan apa yang saya pelajari pada hari ni. Pernahkah anda mendengar lebih terperinci apa itu MAA Takaful?? Di MAA Takaful lah yang memberikan kita pulangan serta benefit yang tinggi di samping memberikan perlindungan percuma.

Cuba kita fikirkan jika kita yang berumur 30 tahun menyimpan duit RM50 ribu dalam ASB dalam tempoh 10 tahun. Kita andaikan setiap tahun ASB akan bagi kita interest sebanyak 10% (Rating faedah yang ASB bagi setiap tahun adalah 8% - 10%). So untuk tempoh 10 tahun kita simpan duit tu berapa banyak duit kita terkumpul dalam ASB tersebut selepas dibayar interest?? Lebih kurang RM129, 654.oo kan. Patutlah ramai orang simpan duit di ASB.

Tapi di sini saya akan tunjukkan serba sedikit apa itu MAA Takafulink(MTL). Ini saya just nak cerita basic plan sahaja. Maksudnya saya hanya akan cerita benefit utama sahaja. Benefit tambahan yang sebanyak 23 benefit itu saya tidak sentuh. So kita lihat di sini ya. Kita ambil situasi yang sama seperti penyimpan di ASB tadi iaitu berumur 30 tahun dan menyimpan duit dalam MTL sebanyak RM50 ribu dalam tempoh sepuluh tahun. Apa yang istimewanya di MTL ini, dia akan beri perlindungan kepada client. So lets say, 30% daripada RM50K tadi kita letak dalam Basic iaitu perlindungan (insuran). So perlindungan yang penyimpan dapat adalah RM750 RIBU. Dan duit yang selebihnya lagi 70% kita letakkan dalam Top Up atau dikenali sebagai simpanan atau investment. So duit kita dalam bahagian simpanan adalah RM35 Ribu.

Dan sudah tentu setiap syarikat mempunyai cas pengurusan. Bagaimana mereka uruskan simpanan kita jika mereka tidak dibayar cas pengurusan. Ini lebih dikenali sebagai wakalah dan tabarru'. So daripada jumlah duit yang kita letak 30% dalam Basic tadi, syarikat akan tolak 60% untuk kos wakalah dan tabarru. So duit anda yang tinggal dalam Basic tinggal RM6,000. Dan dalam bahagian Top Up Pula syarikat akan tolak 5% sebagai wakalah. Bermaksud duit kita dalam Top Up selepas tolak 5% wakalah adalah RM33,250. So jumlah baki duit anda dalam akaun tinggal RM39,250. Duit kita jadi kurang kan selepas tolak wakalah dan tabarru' kan. Rugi tak??

Ini belum kira lagi apa yang berlaku sekiranya kita simpan sehingga 10tahun seperti kita simpan 10tahun dalam ASB tadi. So berapa rasanya kita dapat selepas kita menyimpan selama 10tahun?? Untuk pengetahuan kita semua, MTL memberikan pulangan yang sangat baik untuk setiap pelanggannya. Boleh mencecah sehingga 16 unit untuk 100 unit pegangan. Lebih kurang 16% la. So duit terkumpul kita selepas 10tahun adalah lebih kurang RM173,141. 

So bandingkan duit di ASB kita hanya RM129,654 tapi duit kita di MTL pula RM173,141. Mana yang lebih banyak??

Jawapannya kita tidak rugi walaupun pada permulaan kita menyimpan tu duit kita jadi susut tapi kita sudah dapat perlindungan sebanyak RM750 RIBU. Sekiranya terjadi kematian atau hilang upaya kekal, kita akan dapat RM750 RIBU dan duit simpanan kita.

Cuba kita fikir, kita menyimpan duit dalam ASB tadi, sekiranya terjadi kes kematian atau kurang upaya kekal kepada kita. Malang tidak berbau.. Kita tidak tahu bila masa kita akan meninggal atau mendapat kecelakaan. So seandainya itu berlaku kepada kita, duit dalam ASB tadi kita akan dapat RM129,654.

Manakala jika anda menyimpan di MTL pula, seandainya berlaku kes-kes tersebut, kita akan dapat duit simpanan kita RM173,141 serta duit perlindungan kita RM750 Ribu, So total duit yang kita dapat adalah RM923,141. Banyak tak??

Inilah perbezaannya menyimpan di ABS dan  MAA Takafulink.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di talian 017-6768685 ~ cik fifie. Saya dan consultant-consultant yang lain bersedia menjawab apa jua persoalan anda...

Produk TAKFULINK merupakan produk yang TERBAIK selama 3 tahun berturut berbanding dengan syarikat-syarikat yang lain seperti etiqa, prudential, AIA dll.

Thursday, 12 January 2012

KENALI DIRIKU

Hello everyone....
Nama saya Fifie Hirano, just call me Fifie pun boleh la..
Anak kelahiran Sabah Negeri di Bawah Bayu.
Mempunyai 5 orang kakak dan seorang abang. Maksudnya anak bongsu kepada 7 orang adik beradik.
Masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Jika anda pernah dengar kolej KLMU yang glamour tu di situ la saya menuntut.
Selain daripada itu, saya juga menjadi seorang pelajar di sebuah akademi iaitu akademi sixtyninez.. Pernahkah anda mendengar apa itu akademi sixtyninez??
Akademi inilah yang membuka ilham, dan meluaskan idea saya sehingga tercetusnya idea untuk buat blog ni..
Saya akan dedahkan satu persatu mengenai hari-hari yang kulalui bersama sixtyninez akademi..
Apa yang kucoretkan di sini segala-galanya adalah kisah benar suka duka pahit dan manis menempuh kehidupan ini serta pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang saya lalui setiap hari..

Fifie di Putrajaya
Menghadiri majlis perkahwinan
CEO Sixtyninez Akademi