Tuesday 7 February 2012

Part 3... KUMAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENYAKIT


Ketika kita masih muda, tenaga kuasa hayat kita itu begitu kuat sekali. Tetapi bila kita semakin tua dan semakin banyak melanggar peraturan hidup yang sihat maka kekuatan kuasa hayat kita pun menjadi semakin lemah. Pada ketika itulah seseorang itu mula mendapat penyakit-penyakit yang kronik yang berat seperti diabetis, jantung, darah tinggi, encuk dan sebagainya.


Dengan ini dapatlah kita faham bahawa penyakit yang dihidapi oleh seseorang itu padahal sebenarnya bukanlah kerana kuman. Melainkan kerana perbuatannya melanggar peratura-peraturan hidup yang sihat seperti eraturan makan minum yang salah dan sebagainya lagi. Kuman sebenarnya adalah soal kedua dalam hubungannya dengan penyakit yang dihidapi seseoran. Kuman dan yang sejenis dengannya itu adalah jenis hidup-hidupan yang menurut sifat kejadiannya memakan benda-benda yang busuk dan kotor. Maka itulah bila keadaan tubuh dan saluran darah kita itu tidak bersih maka kita sendirinya memberikan keadaan yang sesuai bagi pembiakan kuman dalam sistem tubuh kita itu.

Kuman yang merbahaya sebenarnya tidak dapat hidup subur dengan membiak dalam tubuh manusia yang sihat. Saya terpaksa menggunakan istilah kuman-kuman yang merbahaya kerana ramai antara kita yang harus tidak tahu adanya kuman-kuman yang berfaedah dalam tubuh kita. Kalaulah kuman itu sahaja menyebabkan kita sakit, kita tidak akan dapat hidup hingga hari ini, kerana kuman itu sentiasa terdapat dalam tubuh kita sepanjang masa. Sesetengahnya berfaedah sedang setengahnya lagi adalah merbahaya bagi tubuh kita. Tetapi kuman yang merbahaya itu akan hanya menjadi aktif dan membiak bila keadaan darah kita itu tidak bersih dan sihat.

Berusaha menentang atau membunuh kuman apakal ditimpa penyakit tidak akan membawa erti bagi hidup manusia itu selagi ia tidak belajar menjaga peraturan makan minumnya dengan betul serta cara hidup yang sihat. Keadaan ini semalah dengan seorang yang membeli ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk tanpa berusaha untuk menghapuskan puncanya, iaitu halaman rumahnya yang kotor dengan sampah sarap. Jika ia belajar membersihkan halaman rumahnya ubat nyamuk tidak berguna lagi sebab nyamuk akan sendirinya hilang dari rumahnya. Demikian halnya dengan system tubuh dan keadaan darah kita. Bila keadaan darah kita itu bersih dan sihat maka kuasa hayat atau ‘body tesistance’ kita pun menjadi semakin kuat dan kuman pun tidak ada tempat untuk hidup di dalamya.

Maka itulah dalam soal memelihara kesihatan diri kita soal bagaimana hendak menguat dan menyihatkan darah kita harus mendapat perhatian yang utama sekali. Tetapi bagaimana caranya? Pertama ialah dengan memilih dan memakan barang-barang makanan yang boleh menambahkan kekuatan darah kita sera menjauhi segala jenis makanan yang boleh melemahkan tanaga atau kekuatan darah kita itu. Makanan yang boleh membersih dan menguatkan darah kita itu tidak lain ialah segala jenis makanan asli yang langsung dihasilkan oleh alam seperti buah-buahan, ulam-ulam dan sayur-sayuran. Bila darah kita bersih dan kuat maka dapatlah ia menjalankan tugasnya yang penting iaitu membunuh kuman dalam tubuh dan mencegah kita dari sebarang penyakit.

Inilah satu-satunya rahsia kesihatan yang sebenar. Dan inilah juga rahsia kesihatan, kecergasan dan kepanjangan umur nenek moyang kita dulu yang lebih banyak bergantung pada buah-buahan, ulam-ulam, pucuk-pucuk daun dan sayuran-sayuran daripada makanan tidak asli, makanan penghasilan perusahaan yang banyak terdapat di dunia moden kita hari ini.
Sayur-sayuran


No comments:

Post a Comment