Monday 5 March 2012

Part 1... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


Setelah memperkatakan tentang dasar-dasar pemilihan makanan yang betul kini marilah diperkatakan pula tentang peraturan-peraturan yang sihat yang berkaitan dengan makan minum pula. Kedua-dua aspek kesihatan ini amatlah musatahak sekali diketahui serta diamalkan jika kita hendak memperolehi kesihatan tubuh yang sebaik-baiknya, sedang kajahilan atau kecuaian terhadap aspek-aspek itu adalah menjadi punca berbagai penyakit dan penderitaan.

Malah menurut pendapat Dr. Hindhede, seorang pakar makanan yang termasyur dari Denmark “sebab yang terbesar daripada penyakit yang membawa kematian ialah dari makanan dan minuman”. Peringatan yang lebih keras telah diberikan pula oleh Dr. George Starr White dalam bukunya “Think” dengan berkatan “Sistem penghadaman kita boleh mempercepatkan kematian kita jika kita mempunyai fahaman yang bijaksana tentang peraturan makan-minum yang betul dalam kehidupan ini”.

Dengan merenung akan pendapat-pendapat moden tentang punca penyakit ini kita akan sendirinya sedar bahawa, “perut itu adalah sumber penyakit dan penjagaan adalah rumah ubat”.

Satu daripada sebab terbesar tentang kesilapan manusia berkaitan dengan kebiasaan makan-minum ini ialah kerana mereka itu lupa bahawa tujuan makan itu adalah untuk melanjutkan hayat hidup agar ia memperolehi tenaga buat menjalankan kegiatan hidupnya. Maka itulah kita dapati falsafah makan untuk hidup jarang dipraktikkan orang dengan bijak. Dari apa yang kita perhatikan selama ini nampaknya hidup untuk makan itulah yang lebih mempengaruhi perut manusia.

Dan memanglah dapat diterima bahawa nafsu makan itu adalah satu naluri yang paling sukar sekali dapat dikawal manusia. Ramai manusia dapat hidup tanpa kahwin tetapi tidak seorang pun yang mungkin tahan hidup tanpa makan. Memandangkan betapa besarnya pengaruh naluri makan ini dalam jiwa manusia inilah makan Confucius, ahli fikir Cina yang terkenal itu telah meringkaskan naluri manusia yang besar itu kepada dua jenis sahaja iaitu keinginan kepada makan-minum dan keinginan beranak-pinak.

Walaupun pakar-pakar perubatan telah sebulat suara berpendapat bahawa peraturan makan yang baik itu mempunyai kesan pada kepanjangan umur manusia namun sedikit benar orang yang benar-benar ambil berat tentang peraturan makan-minumnya.

Mereka makan apa sahaja yang disukainya tanpa memikirkan mudharat atau manfaatnya sesuatu makanan itu. Begitu juga tentang sukatan atau kadar makanan yang mereka makan itu sedap dirasa, mereka akan makan sesuka hatinya tanpa memikirkan akan mudaratnya.


Memandangkna betapa pentingnya aspek makan minum inilah perlu dihuraikan lebih lanjut tentang beberapa faktor yang berkaitan dengannya, seperti persediaan makanan, dasar-dasar menyatu atau mencampurkan makanan, masa makan, adab makan-minum, peraturan lepas makan dan sebagainya lagi.

BERSAMBUNG........

No comments:

Post a Comment