Wednesday 7 March 2012

Part 3... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


B. PERATURAN MENCAMPURKAN JENIS MAKANAN

Setelah mengetahui tentang cara memilih dan memasak itu kita hendaklah juga tahu peraturan-peraturan menyusun atau mencampur jenis-jenis makanan itu selaras dengan kehendak-kehendak Ilmu Dietics. Dr. Harry Benjamin dalam bukunya “Your Diet In Health And Disease” menyatakan bahawa makanan yang mengandungi zat kanji janganlah dimakan bersama dengan makanan yang boleh membentuk zat asam atau protein seperti susu.

Begitu juga jangan campurkan makanan yang mengandungi zat gula dengan zat kanji kerana jika kita campurkan dua jenis makanan ini maka kita akan menderita kelebihan zat asid dalam perut. Jika seseorang itu benar sihat dan menjalani kehidupan yang cergas maka makanan kanji campur protein itu dapat dimakan sama tanpa menimbulkan kesan-kesan sampingan yang buruk. Tetapi jika seseorang itu kerjanya banyak duduk sahaja maka apa jua hal yang menggangu fikiran seperti bimbang, takut ataupun cemas akan menggangu proses penghadaman itu dan inilah sebab-sebabnya maka makanan berkanji campur protein itu hendaklah dijauhi dalam mengatur makanan kita.

Dalam pengkajian kita tentang proses penghadaman menunjukkan bahawa sesetengah kumpulan makanan seperti protein misalnya memerlukan zat asid untuk mencernakannya dan menghadamkan di mulut dan perut. Kanji pula memerlukan unsur alkaline untuk mencernakannya yang bermula di mulut lalu disambung di perut hanya selagi tidak ada protein yang terdapat di dalamnya, lalu diakhiri di poros usus. Dan kumpulan ketiga iaitu makanan berlemak dan berminyak tidak dihadamkan di perut sama sekali bahkan di usus. Maka itu tidak menggangu sama ada pencernaan protein ataupun kanji. Ini bererti bahawa kanji dan lemak, protein dan lemak boleh dimakan bersama. Tetapi kanji dan protein tidak sama sekali dicampurkan jika hasil yang baik hendak diperoleh dari makanan yang kita makan itu.

Dengan ringkasnya kanji, lemak dan sayur-sayuran dimakan bersama kerana ia memerlukan sama ada unsur alkaline untuk mencernakannya. Protein, lemak dan buah-buahan boleh dimakan bersama kerana ia memerlukan unsur asid untuk mencernakannya. Tetapi kanji dan protein atau kanji dengan buah-buahan asid hendaklah jangan dicampurkan dalam makanan. Untuk lebih jelas elok kiranya diturunkan peraturan-peraturan tentang mencampur jenis-jenis makanan itu menurut Dr. Harry Benjamin dalam bukunya itu.
a). Kanji dengan lemak.
b). Kanji dengan sayur-sayuran hijau.
c). Kanji, lemak dan sayur-sayuran hijau.
d). Kanji dan gula.
e). Kanji dan buah-buahan yang sudah dikeringkan.
f). Kanji, lemak, buah-buahan kering dan sayur-sayuran hijau.
g). Kanji, gula dan buah-buahan kering.
h). Protein dan buah-buahan asid.
j). Protein dan sayur-sayuran hijau.
k). Protein, lemak dan sayur-sayuran.
l). Lemak dan buah-buahan asid.
m). Lemak dan gula.
n). Gula dan protein.

BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment