Sunday 22 January 2012

Beautician yang kesepian

Haiii... haiii.. haiii.. Salam sejahtera semua... apa kbr anda di luar sana??

Hwwaa.... malam ni saya keseorangan pula duduk dalam rumah... Rasa bosan dan sunyi sepi menyelubungi diri. So tiada pilihan lain lagi selain dari berkunjung dan mencoret luahan hati yang bosan dalam blog ni..
Perut pun terasa nak makan, tapi malas pula nak turun dari tingkat 18 condo ni ke kedai mamak bawah tu.

Actually, badan dah rasa penat kot. Tadi pukul 2ptg saya dan leader saya yang juga sebagai inspirasi idea saya pergi ke Precint 16, Putrajaya untuk menghadiri first tour sixtyninez group untuk tahun 2012 ini. Seperti kebiasaannya leader saya akan mengajak saya ke setiap aktiviti road tour, BOP atau Mega BOP sebab diperlukan untuk jadi beautician untuk buat demo produk kecantikan AESTHETIC4SKIN.

Seperti kebiasaannya, pengerusi majlis bagi road tour tersebut akan dipegang oleh insan yang sangat terkenal dengan kelantangan suara, idea2 bernas yang dileparkan dan mempunyai perwatakan menarik serta boleh menghiburkan hati setiap audience. Insan ini tidak lain dan tidak bukan adalah En. Shah Putra.

Manakala untuk slot sharing pula diambil oleh anak muda yang sangat dikagumi yang mana mencapai status MANAGER dalam usia 21tahun mempunyai 2 buah kereta BMW. 1st car is BMW 3 series.. Then the 2nd Car kalau tidak silap BMW 5 series. Status manager tu bukan senang nak capai woooo... Mesti sekurang2nya mempunyai pencapaian pendapatan RM7,000 dan ke atas. Memang saya respect dengan anak muda ni.

Dan untuk preview dan tunjuk ajar menjadi usahawan online pula dilakukan oleh jutawan muda usahawan internet yang memecah rekod jutawan internet dalam masa yang paling singkat iaitu hanya mengambil masa 9 bulan sahaja dah collect 1.2 juta. Insan ini tidak lain dan tidak bukan ialah jutawan muda Dr. Ahmad Zulfaizal.

Manakala untuk beauty talk pula dikendalikan oleh pakar beautician iaitu Pn. Ima Zara. Inilah kelebihan mengikuti group sixtyninez akademi kerana semua kemudahan ada disediakan. Nak tahu macam mana nak jadi usahawan internet, ada mentor yang mengajar secara teori dan praktikal. Kalau nak tahu pasal produk kecantikan, nak belajar jadi beautician, atau nak tahu cara-cara mengatasi masalah kulit wajah dll, pakar beautician bersedia untuk memberi tunjuk ajar. Dan semua itu diberikan secara PERCUMA apabila telah menjadi ahli group sixtyninez akademi. Best sangat2!!! :)

Hurm... Selepas preview yang bermula pada jam 2.30ptg tu berakhir, masa tu dah pukul 4.40ptg dah... Masa ni turn saya pula nak buat demo di muka akak tu. Demo mengenai produk tebaik ni la.. So apa lagi terpaksa la buat depan mentor2  hebat serta depan beautician2 yang lain.. Pakar beautician Pn. Ima Zara pun ada time tu..

First memang agak gementar la jugak buat demo dikelilingi dengan orang ramai, tapi kejap jer gementar. Bila sudah start buat pembersihan di muka akak tu rasa seronok pula. Gementar pun sudah hilang. So saya pun buat demo di sebelah muka akak tu. Kenapa perlu buat sebelah muka sahaja sebab nak bagi tengok apa perbezaan muka sebelah yang saya pakaikan dengan produk AESTHETIC4SKIN dan muka sebelah lagi yang tidak pakai.

Fuuhhh... Memang nampak beza sangat2. Saya baru sapukan DermaGlow Gel, anak akak tu dah bising2 nampak beza la mak. Nampak garis perbezaan kat tengah2 dahi mak tu. Muka sebelah putih dan tegang.

Haahhh... Itu belum guna Dermashine Day Care lagi, lepas saya sapukan DermaGlow Gel tu sy biar dulu dalam masa 3 4 minit, biar akak tu tengok sendiri melalui cermin perbezaan kulit muka dia sebelah menyebelah.

Lepas tu baru saya letakkan DermaShine Day Care pula. Lepas letak tu dan saya biarkan akak tengok dan rasa sendiri apa perbezaan dengan muka sebelah yang saya tidak sentuh lagi. Kemudian saya pun buat pula kat muka sebelah lagi. Kalau tak buat nanti kang hairan pula orang lain tengok kenapa muka akak sebelah tu  jer yang putih, cerah, berseri dan pipi tegang naik ke atas. Selesai saja buat demo ke sebelah menyebelah muka akak tu tanpa banyak soal, akak tu terus jer beli produk AESTHETIC4SKIN.

Dah agak dari awal akak ni confirm terus beli produk ni.. Sebab mengikut pengalaman saya sepanjang saya buat demo PERCUMA mengenai produk ini memang kebanyakkan mereka akan terus beli masa tu selepas sahaja saya buat demo di muka mereka. Kalau yang tidak beli tu sebab masa tu kurang bajet jer. Tapi lepas tu memang diorang akan beli jugak.

Actually, saya nak letak muka akak yang saya buat demo tadi tu tapi gambar ada kat handphone leader saya pulak.... Esok jelah saya letak.. Esok kamu tengok ye hasil demo yang saya buat...

Hurmmm... Rasanya sampai sini jelah coretan luahan hati yang bosan ni... Terima kasih kerana sudi membaca.. Tata... :)

No comments:

Post a Comment