Sunday 25 March 2012

Part 6... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


E). ADAB MAKAN

Satu-satunya adab makan-minum yang utama sekali ialah mengunyah makanan dengan betul hingga hancur dan lumat. Ini adalah factor yang penting sekali. Banyak sekali sebab-sebab ketidakhadaman berpunca dari makan terlalu cepat. Bila makanan itu telah bercampur dengan air liur lalu dikunyah dengan betul ketika berada di dalam mulut, maka setengah dari kerja penghadaman itu telahpun tercapai. Ketika makanan itu berada di mulut, kelenjer air liur akan melakukan fungsinya yang utama dalam proses penghadaman peringkat pertama itu dengan mengeluarkan suatu bendalir yang sangat baik kerana mengandungi susunan kimia yang tertentu untuk menghancurkan makanan itu.

Setelah makanan itu separuh hancur keadaannya maka ia pun masuk ke saluran penghadaman di mana berlaku peringkat kedua dari proses penghadaman itu. Banyak kes-kes serangan jantung adalah berpunca dari keadaan ketidakhadaman makanan. Maka itu amatlah mustahak sekali bahawa aspek peraturan makan-minum ini diberikan perhatian yang secukupnya. Maka itu makanlah dengan perlahan-lahan dan jangan sesekali terburu-buru.

Selain dari aspek mengunyah makanan dengan betul kita juga elok membiasakan diri mengawal atau menahan diri dengan meninggalkan satu masa makan dan tunggu setelah timbulnya nafsu untuk makan, daripada makan pada waktu makan sedang semata-mata kerana tibanya masa makan itu. Kita makan kerana lapar bukannya kerana sudah tibanya masa makan. Apalagi kalau perut kita masih lagi berasa kenyang. Maka itu jelaslah bahawa adab yang kurang sihat yang harus dijauhi semasa makan ialah sikap atau tabiat terburu-buru.

Tabiat itu tidaklah baik jika diamalkan kerana ia boleh menyebabkan ketidakhadaman serta berbagai gangguan penyakit yang lain. Jika anda hanya mempunyai sepuluh minit sekalipun untuk makan, maka kunyahlah makanan anda dengan betul buat masa itu dan tinggalkan yang lain walaupun makanan yang telah dimakan itu baru hanya sedikit sahaja. Makanan yang sedikit jika dimakan dengan betul adalah jauh lebih berfaedah daripada makanan yang banyak tetapi dimakan secara tergesa-gesa.

Selain dari makan tergesa-gesa, satu lagi tabiat makan minum yang kurang elok ialah makan sesuatu yang terlalu panas ataupun sejuk. Hasil penyelidikan dan pemerhatian sains kedoktoran juga telah membuktikan bahawa binatang jarang sekali minum minuman yang panas kerana nalurinya menyatakan bahawa perbuatan itu tidak betul dan manusia akan mendapat pengetahuan dari tabiat binatang itu kiranya ia mahu menggunakan akalnya sedikit. Selain dari itu minum air panas atau sejuk semasa makan juga tidak sihat jika dikaji dari segi kesihatan.

Perbuatan itu hendaklah dijauhi kerana ia akan menimbulkan keadaan asid yang lemah dalam perut yang mana akhirnya akan mengakibatkan sama ada makanan itu akan lambat dihadamkan ataupun menyebabkan berbagai gangguan pada perut dan poros usus. Akibatnya ialah sembelit yang mana akan menimbulkan keadaan racun dalam system tubuh hingga mengakibatkan sakit perut dan barah. Selain dari melemahkan fungsi air liur yang keluar dari kelenjarnya bagi membantu menghancurkan makanan dalam mulut.
Jika air liur itu dibantu oleh air untuk melaksanakan fungsinya maka lama kelamaan fungsinya pun bertambah lemah. Ambillah kuah kalaupun terpaksa sebagai ganti pada minuman itu bila terasa benar hendak minum. Minum semasa makan bukan sahaja akan melarutkan bendalir dalam usus bahkan melemahkan fungsi kelejar yang mengeluarkan bendalir penghadaman itu.

Dr. Terssilian Maud dalam bukunya, “Cancer, Its Die Tics Causes And Cure” telah menambahkan satu lagi adab yang harus dijauhi semasa makan, iaitu memikirkan soal-soal yang selain dari perbuatan makan itu. Tegasnya doktor berpendapat bahawa kita janganlah sekali-kali memikirkan hal-hal lai, ataupun menyelesaikan masalah kerja, social ataupun keluarga semasa makan. Tidak ada faktor yang lebih mengganggu kesempurnaan pencernaan dari keadaan terganggunya fikiran semasa makan.

Tabiat membawa masalah fikiran yang kerap diakibatkan oleh faktor-faktor kewangan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya di meja makan adalah satu tabiat yang tidak sihat dan sama sekali haruslah dijauhi. Ini akan mengganggu pencernaan makanan itu serta membuka jalan bagi timbulnya penyakit sembelit. Maka itu eloklah tinggalkan meja makan itu kalau anda sedang berasa penat, marah, bimbang ataupun murung dan jika perlu masa makan yang akan datang juga sehingga keadaan itu pulih kembali. Sebabnya ialah kerana tenaga tubuh itu tertumpu pada emosi yang tertentu dan maka itu tidak ada lagi yang tinggal buat menjamin penghadaman yang betul.

Selain dari itu kita janganlah makan sejurus sahaja habis melakukan kerja yang berat baik yang menggunakan tenaga badan ataupun tenaga berfikir. Berilah tubuh dan otak sedikit masa untuk berehat dulu. Kita juga jangan sesekali membiarkan anak-anak makan antara wakti makan kerana ini adalah satu tabiat yang kurang sihat juga serta faktor yang paling utama yang membawa kepada ketidakhadaman.

Jika seseorang itu menghidap selesma, demam ataupun berasa tidak sedap badan, maka elok tinggalkan sahaja makanan itu hingga gejala-gejala penyakit itu telah mulai berkurang. Jika anda berasa tidak selesa selepas habis makan, itu harus barangkali anda telah terlampau banyak makan atau berbagai jenis makanan yang dicampur pada makanan anda itu, ataupun mungkin anda belum lagi rasa lapar yang sebenar sebelum anda makan tadi. Kesan ini dapat dihilangkan dengan meninggalkan masa makan yang kemudiannya.

Sunday 11 March 2012

Part 5... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


D). SUKATAN ATAU KADAR MAKANAN

Manusia kebanyakannya bukan sahaja berbuat silap tentang masa makan, bahkan ramai juga yang tidak mengerti setakat atau sebanyak mana mereka harus makan. Kadang-kadang sukatan makanan yang dimakan itu selalunya tidak seimbang dengan tenaga yang mereka curahkan. Ini kebiasaannya kerap berlaku pada mereka yang bekerja menggunakan otak. Disebabkan penghidupan mereka yang lumayan maka dorongan untuk makan besar dan sedap-sedap selalu mempengaruhi jiwa mereka.

Akibatnya berat badan mereka kian bertambah justeru makan dan tidur yang berlebih-lebihan tetapi sedikit atau jarang sekali melakukan senaman. Akibatnya mereka menjadi teman penyakit. Menurut Dr. Harry Benjamin, bagi kebanyakan orang makan dua kali sehari itulah sebaik-baiknya, tiga kali sehari juga baik pada sesetengah orang pula pula tetapi lebih kerap membawa gangguan jika tidak berhati-hati. Tetapi makan lebih dari tiga kali sehari adalah sama sekali bertentangan dengan peraturan makan-minum yang sihat sebagaiman yang dikehendaki oleh Ilmu Dietics. Orang-orang yang melakukan kerja otak haruslah makan dua kali sehari. Kanak-kanak yang sedang membesar haruslah makan tiga kali sehari.
Walaupun menurut kebiasaannya manusia umumnya makan tiga kali sehari tetapi ada pula sesetengah golongan kedoktoran yang berpendapat makan dua kali sehari sudahpun mencukupi, lalu mereka mengamalkan apa yang dinamakannya susunan makanan tanpa sarapan pagi atau “No Breakfast Plan”. Pelopor-pelopor golongan ini menghujah bahawa tidak seorang pun setelah memperoleh makan tidur yang selesa memerlukan makanan hingga ia melakukan sesuatu kegiatan. Menurut Dr. Stanley Lief, dalam bukunya, “How To Eat For Health,” susunan tersebut itu amatlah baik disebabkan dua factor. Pertama ia memberikan masa berehat yang cukup pada perut setiap hari dan kedua kerana ia dapat mengawal kemasukan makan berkaitan dengan kadar atau sukatan yang hendak dimakan itu.

Katakanlah makan malam kita yang akhir itu jam 8.00 malam maka proses penghadamannya akan tamat kira-kira tengah malam dan oleh kerana makanan yang selanjutnya akan dilakukan pada waktu tengahari esoknya, maka alat penghadaman seseorang telah dapat dijamin beroleh masa rehat yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 10 jam lamanya. Anehnya jarang sekali orang memikirkan bahawa perutnya juga memerlukan masa untuk berehat. Sesungguhnya alat perut itu adalah alat yang paling teruk sekali dalam system tubuh. Bila organ penghadaman itu mendapat masa rehat yang panjang ia akan sendirinya menyesuaikan dengan keadaan itu dan dengan demikian ai akan sendirinya menyesuaikan dengan keadaan itu dan dengan demikian akan menambahkan lagi kecergasannya dalam fungsi menghadamkan makanan. Dengan lain perkataan kita makan itu dan dengan dua kali makan sehari maka akan lebih mudah lagi system penghadaman kita menghadamkan makanan karbohidrat.
Oleh kerana peraturan makanan yang sihat menghendaki kita makan bila perut berasa lapar dan berhenti bila perut mula berasa kenyang maka ini sendirinya mengingatkan kita agar menjauhi tabiat makan secara berlebih-lebihan. Kebiasaan ini bukan sahaja dipandang buruk dari segi kesihatan bahkan merupakan satu perbuatan yang tidak sihat untuk perut dan tubuh badan kita. Kita telah diamanahkan untuk menjaganya dari kerosakan dan penyakit dan kejayaan ini tentulah tidak mungkin tercapai jika kita tidak mengetahui ilmu Dietics, ilmu kesihatan dan bilogi dan kalaupun mempunyai fahaman yang baik tentang perkara itu, tidak juga akan kita mencapainya kiranya kita enggan mematuhinya.

Ramai orang justeru barangkali mewah hidupnya telah menjadi bosan kerana tidak tahu bagaimana hendak mengisi masa lapangnya dengan kegiatan yang sihat. Mereka hanya gemar menghabiskan masa dengan makan-minum yang berlebihan hingga menderita penyakit sembelit. Dalam tubuh orang-orang seperti inilah merupakan tempat yang subur bagi tumbuhnya penyakit barah. Bahkan dalam dunia binatang anehnya, dimana naluri tabiinya belum lagi dirosakkan, kita akan satu kali makan dalam sehari sudahpun mencukupi. Bahkan ada sesetengahnya makan sekali bagi tiap-tiap seminggu seperti ular sawa, harimau dan lain-lain lagi.

Makan tiga kali atau lebih dari itu dalam sehari adalah satu tabiat yang buruk dan bukannya satu keharusan. Kita makan kerana sudah sampai waktu makan dan bukannya selalu kerana kita telah benar-benar lapar.

BERSAMBUNG...



Thursday 8 March 2012

Part 4... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


C). MASA MAKAN

Satu-satunya peraturan makan minum yang sihat ialah membiasakan diri kita makan pada bila-bila masa sahaja perut kita berasa lapar dan berhenti makan bila perut mula terasa kenyang, kerana kenyang bukanlah seharuSnya menjadi tujuan makan. Sebab apabila kenyang dijadikan sebagai tujuan maka orang akan makan apa sahaja yang akan mengenyangkan perutnya tanpa memperhatikan lagi apakah makanan itu boleh membahayakan kesihatannya atau tidak.

Tujuan makan adalah untuk menghilangkan rasa lapar dan bukannya untuk memuaskan hawa nafsu. Kita disuruh makan adalah supaya dengan makanan itu kita akan peroleh tenaga yang dapat dijadikan sebagai modal hidup.

Sekali lagi dalam soal makan minum ini member satu peringatan dan pengajaran pada kita bahawa punca penyakit itu adalah sebenarnya dari kebiasaan makan-minum yang salah sesuai dengan dasar fahaman doktor-doktor dari system kodoktoran Naturopathy dan bahawa jika kita dapat memlihara peraturan makan minum yang sihat, kita sebenarnya tidak memerlukan pertolongan doktor.

Maka itu, jelaslah bahawa makan bila perut mula berasa lapar amatlah musatahak sekali jika kita mengkehendaki faedah sepenuhnya dari makanan itu. Untuk memperoleh rasa lapar yang betul, maka makanan itu hendaklah dimakan diantara jarak masa antara 5 hingga 6 jam. Perut kita harus diberi kerehatan yang cukup dan janganlah makan suatu apa di antara masa makan itu kerana perbuatan itu boleh melemahkan kuasa alat-alat penghadaman itu. Sebagai contoh, jika masa kita bersarapan pagi itu jam 8.00 pagi, maka makan tengahari kita seeolok-eloknya ialah jam 1.00 petang dan makan malam pula pada jam 7.00 malam.

Oleh yang demikian, untuk menjaga kesihatan tubuh dan supaya kita peroleh sebanyak-banyak faedah dari makanan yang kita makan itu kita hendaklah menjauhi kebiasaan makan-minum tidak mengikut waktunya. Jangan paksa diri kita makan jika kita belum berasa lapar kerana itu tandanya tubuh kita belum lagi memerlukan makanan keitka itu. Jika ini dilakukan bukan sahaja kuasa alat-alat penghadaman kita akan bertambah lemah bahkan akan menyebabkan kita mendapat sembelit.

Alat-alat penghadaman sebagaimana juga dengan alat-alat tubuh yang lain perlulah diberi kerehatan yang cukup. Kalau kita makan tidak mengira waktu, maka berertilah kita juga tidak memikirkan penderitaan yang ditanggung oleh alat-alat penghadaman itu justeru tidak diberi masa rehat yang cukupnya. Satu lagi tabiat yang kurang sihat ialah makan sejurus sahaja bangun dari tidur di pagi hari.

Sebaliknya amatlah elok sekali jika kita minum segelas air masak yang telah dimasukkan dengan air perahan sebiji limau nipis agar dengannya dapat mengeluarkan benda-benda kotor yang tidak berguna dari tubuh serta menjauhkan kita daripada sembelit.

Wednesday 7 March 2012

Part 3... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


B. PERATURAN MENCAMPURKAN JENIS MAKANAN

Setelah mengetahui tentang cara memilih dan memasak itu kita hendaklah juga tahu peraturan-peraturan menyusun atau mencampur jenis-jenis makanan itu selaras dengan kehendak-kehendak Ilmu Dietics. Dr. Harry Benjamin dalam bukunya “Your Diet In Health And Disease” menyatakan bahawa makanan yang mengandungi zat kanji janganlah dimakan bersama dengan makanan yang boleh membentuk zat asam atau protein seperti susu.

Begitu juga jangan campurkan makanan yang mengandungi zat gula dengan zat kanji kerana jika kita campurkan dua jenis makanan ini maka kita akan menderita kelebihan zat asid dalam perut. Jika seseorang itu benar sihat dan menjalani kehidupan yang cergas maka makanan kanji campur protein itu dapat dimakan sama tanpa menimbulkan kesan-kesan sampingan yang buruk. Tetapi jika seseorang itu kerjanya banyak duduk sahaja maka apa jua hal yang menggangu fikiran seperti bimbang, takut ataupun cemas akan menggangu proses penghadaman itu dan inilah sebab-sebabnya maka makanan berkanji campur protein itu hendaklah dijauhi dalam mengatur makanan kita.

Dalam pengkajian kita tentang proses penghadaman menunjukkan bahawa sesetengah kumpulan makanan seperti protein misalnya memerlukan zat asid untuk mencernakannya dan menghadamkan di mulut dan perut. Kanji pula memerlukan unsur alkaline untuk mencernakannya yang bermula di mulut lalu disambung di perut hanya selagi tidak ada protein yang terdapat di dalamnya, lalu diakhiri di poros usus. Dan kumpulan ketiga iaitu makanan berlemak dan berminyak tidak dihadamkan di perut sama sekali bahkan di usus. Maka itu tidak menggangu sama ada pencernaan protein ataupun kanji. Ini bererti bahawa kanji dan lemak, protein dan lemak boleh dimakan bersama. Tetapi kanji dan protein tidak sama sekali dicampurkan jika hasil yang baik hendak diperoleh dari makanan yang kita makan itu.

Dengan ringkasnya kanji, lemak dan sayur-sayuran dimakan bersama kerana ia memerlukan sama ada unsur alkaline untuk mencernakannya. Protein, lemak dan buah-buahan boleh dimakan bersama kerana ia memerlukan unsur asid untuk mencernakannya. Tetapi kanji dan protein atau kanji dengan buah-buahan asid hendaklah jangan dicampurkan dalam makanan. Untuk lebih jelas elok kiranya diturunkan peraturan-peraturan tentang mencampur jenis-jenis makanan itu menurut Dr. Harry Benjamin dalam bukunya itu.
a). Kanji dengan lemak.
b). Kanji dengan sayur-sayuran hijau.
c). Kanji, lemak dan sayur-sayuran hijau.
d). Kanji dan gula.
e). Kanji dan buah-buahan yang sudah dikeringkan.
f). Kanji, lemak, buah-buahan kering dan sayur-sayuran hijau.
g). Kanji, gula dan buah-buahan kering.
h). Protein dan buah-buahan asid.
j). Protein dan sayur-sayuran hijau.
k). Protein, lemak dan sayur-sayuran.
l). Lemak dan buah-buahan asid.
m). Lemak dan gula.
n). Gula dan protein.

BERSAMBUNG....

Tuesday 6 March 2012

Part 2... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


A. PERSEDIAAN MAKANAN

Untuk menjamin memperolehi sebanyak-banyak faedah dari makanan yang kita makan, pengetahuan sedikit sebanyak tentang cara penyediaan makanan itu perlu juga diketahui. Ini termasuklah aspek memilih dan cara memasak makanan itu. Dasar yang pertama sekali harus diingat bahawa makanan itu mestilah asli dan baru, bukannya hasil perusahaan kilang seperti makanan-makanan yang sudah diperhalus atau dalam tin. Kedua cara masakan makanan itu hendaklah diperhatikan agar tidak merugikan kepentingan tubuh kita. Jika memasak sayur-sayuran misalnya hendaklah jangan lama supaya zat-zat vitamin dan galian tidak terhapus kerana masakan itu.

Selain itu, rasa masakan makanan yang asli itu janganlah dilindungi dengan rempah-rempah kerana jika kita membubuh rempah, kita tidak akan mengetahui dengan mudahnya sama ada makanan itu rosak atau tidak. Tetapi dengan membubuh rempah kita dengan mudahnya akan mengetahui sama ada makanan itu sudah rosak atau tidak disebabkan dari rasanya yang sedap atau tidaknya itu.


BERSAMBUNG....

Monday 5 March 2012

Part 1... PERATURAN MAKAN MINUM YANG SIHAT


Setelah memperkatakan tentang dasar-dasar pemilihan makanan yang betul kini marilah diperkatakan pula tentang peraturan-peraturan yang sihat yang berkaitan dengan makan minum pula. Kedua-dua aspek kesihatan ini amatlah musatahak sekali diketahui serta diamalkan jika kita hendak memperolehi kesihatan tubuh yang sebaik-baiknya, sedang kajahilan atau kecuaian terhadap aspek-aspek itu adalah menjadi punca berbagai penyakit dan penderitaan.

Malah menurut pendapat Dr. Hindhede, seorang pakar makanan yang termasyur dari Denmark “sebab yang terbesar daripada penyakit yang membawa kematian ialah dari makanan dan minuman”. Peringatan yang lebih keras telah diberikan pula oleh Dr. George Starr White dalam bukunya “Think” dengan berkatan “Sistem penghadaman kita boleh mempercepatkan kematian kita jika kita mempunyai fahaman yang bijaksana tentang peraturan makan-minum yang betul dalam kehidupan ini”.

Dengan merenung akan pendapat-pendapat moden tentang punca penyakit ini kita akan sendirinya sedar bahawa, “perut itu adalah sumber penyakit dan penjagaan adalah rumah ubat”.

Satu daripada sebab terbesar tentang kesilapan manusia berkaitan dengan kebiasaan makan-minum ini ialah kerana mereka itu lupa bahawa tujuan makan itu adalah untuk melanjutkan hayat hidup agar ia memperolehi tenaga buat menjalankan kegiatan hidupnya. Maka itulah kita dapati falsafah makan untuk hidup jarang dipraktikkan orang dengan bijak. Dari apa yang kita perhatikan selama ini nampaknya hidup untuk makan itulah yang lebih mempengaruhi perut manusia.

Dan memanglah dapat diterima bahawa nafsu makan itu adalah satu naluri yang paling sukar sekali dapat dikawal manusia. Ramai manusia dapat hidup tanpa kahwin tetapi tidak seorang pun yang mungkin tahan hidup tanpa makan. Memandangkan betapa besarnya pengaruh naluri makan ini dalam jiwa manusia inilah makan Confucius, ahli fikir Cina yang terkenal itu telah meringkaskan naluri manusia yang besar itu kepada dua jenis sahaja iaitu keinginan kepada makan-minum dan keinginan beranak-pinak.

Walaupun pakar-pakar perubatan telah sebulat suara berpendapat bahawa peraturan makan yang baik itu mempunyai kesan pada kepanjangan umur manusia namun sedikit benar orang yang benar-benar ambil berat tentang peraturan makan-minumnya.

Mereka makan apa sahaja yang disukainya tanpa memikirkan mudharat atau manfaatnya sesuatu makanan itu. Begitu juga tentang sukatan atau kadar makanan yang mereka makan itu sedap dirasa, mereka akan makan sesuka hatinya tanpa memikirkan akan mudaratnya.


Memandangkna betapa pentingnya aspek makan minum inilah perlu dihuraikan lebih lanjut tentang beberapa faktor yang berkaitan dengannya, seperti persediaan makanan, dasar-dasar menyatu atau mencampurkan makanan, masa makan, adab makan-minum, peraturan lepas makan dan sebagainya lagi.

BERSAMBUNG........

Tuesday 7 February 2012

Part 3... KUMAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENYAKIT


Ketika kita masih muda, tenaga kuasa hayat kita itu begitu kuat sekali. Tetapi bila kita semakin tua dan semakin banyak melanggar peraturan hidup yang sihat maka kekuatan kuasa hayat kita pun menjadi semakin lemah. Pada ketika itulah seseorang itu mula mendapat penyakit-penyakit yang kronik yang berat seperti diabetis, jantung, darah tinggi, encuk dan sebagainya.


Dengan ini dapatlah kita faham bahawa penyakit yang dihidapi oleh seseorang itu padahal sebenarnya bukanlah kerana kuman. Melainkan kerana perbuatannya melanggar peratura-peraturan hidup yang sihat seperti eraturan makan minum yang salah dan sebagainya lagi. Kuman sebenarnya adalah soal kedua dalam hubungannya dengan penyakit yang dihidapi seseoran. Kuman dan yang sejenis dengannya itu adalah jenis hidup-hidupan yang menurut sifat kejadiannya memakan benda-benda yang busuk dan kotor. Maka itulah bila keadaan tubuh dan saluran darah kita itu tidak bersih maka kita sendirinya memberikan keadaan yang sesuai bagi pembiakan kuman dalam sistem tubuh kita itu.

Kuman yang merbahaya sebenarnya tidak dapat hidup subur dengan membiak dalam tubuh manusia yang sihat. Saya terpaksa menggunakan istilah kuman-kuman yang merbahaya kerana ramai antara kita yang harus tidak tahu adanya kuman-kuman yang berfaedah dalam tubuh kita. Kalaulah kuman itu sahaja menyebabkan kita sakit, kita tidak akan dapat hidup hingga hari ini, kerana kuman itu sentiasa terdapat dalam tubuh kita sepanjang masa. Sesetengahnya berfaedah sedang setengahnya lagi adalah merbahaya bagi tubuh kita. Tetapi kuman yang merbahaya itu akan hanya menjadi aktif dan membiak bila keadaan darah kita itu tidak bersih dan sihat.

Berusaha menentang atau membunuh kuman apakal ditimpa penyakit tidak akan membawa erti bagi hidup manusia itu selagi ia tidak belajar menjaga peraturan makan minumnya dengan betul serta cara hidup yang sihat. Keadaan ini semalah dengan seorang yang membeli ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk tanpa berusaha untuk menghapuskan puncanya, iaitu halaman rumahnya yang kotor dengan sampah sarap. Jika ia belajar membersihkan halaman rumahnya ubat nyamuk tidak berguna lagi sebab nyamuk akan sendirinya hilang dari rumahnya. Demikian halnya dengan system tubuh dan keadaan darah kita. Bila keadaan darah kita itu bersih dan sihat maka kuasa hayat atau ‘body tesistance’ kita pun menjadi semakin kuat dan kuman pun tidak ada tempat untuk hidup di dalamya.

Maka itulah dalam soal memelihara kesihatan diri kita soal bagaimana hendak menguat dan menyihatkan darah kita harus mendapat perhatian yang utama sekali. Tetapi bagaimana caranya? Pertama ialah dengan memilih dan memakan barang-barang makanan yang boleh menambahkan kekuatan darah kita sera menjauhi segala jenis makanan yang boleh melemahkan tanaga atau kekuatan darah kita itu. Makanan yang boleh membersih dan menguatkan darah kita itu tidak lain ialah segala jenis makanan asli yang langsung dihasilkan oleh alam seperti buah-buahan, ulam-ulam dan sayur-sayuran. Bila darah kita bersih dan kuat maka dapatlah ia menjalankan tugasnya yang penting iaitu membunuh kuman dalam tubuh dan mencegah kita dari sebarang penyakit.

Inilah satu-satunya rahsia kesihatan yang sebenar. Dan inilah juga rahsia kesihatan, kecergasan dan kepanjangan umur nenek moyang kita dulu yang lebih banyak bergantung pada buah-buahan, ulam-ulam, pucuk-pucuk daun dan sayuran-sayuran daripada makanan tidak asli, makanan penghasilan perusahaan yang banyak terdapat di dunia moden kita hari ini.
Sayur-sayuran


Saturday 4 February 2012

Part 2... KUMAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENYAKIT


Semasa seseorang bayi itu dilahirkan kekuatan kuasa hayatnya amatlah besar sekali. Hal ini jelas dapat kita perhatikan. Bila bayi itu diberi maka dengan berlebih-lebihan maka kuasa hayatnya itu akan segera bertindak untuk menyelamatkan bayi itu lalu ia pun memuntahkan makanan yang berlebihan itu. Kalau saluran usus atau duburnya itu dipenuhi dengan keladak kotoran maka kuasa hayatnya itu akan menolak keluar kotoran itu lalu kita katakan bayi itu terkena cirit birit.


Bila ibu bapa yang kurang mengerti memberi makan berlebihan kepada bayi atau anaknya yang kecil, maka kuasa hayat anaknya itu akan terganggu lalu ia pun mendapat demam. Berikutan dengan itu nafsu atau selera makannya pun hilang. Demam itu terjadi bila kuasa hayat seseorang bayi atau anak itu berusaha untuk membantu system tubuhnya ‘membakar’ racun-racun atau kekotoran yang berlebihan yang terdapat dalam tubuhnya itu.

Demikian juga halnya dengan penyakit demam selesma. Bila saluran darah kita dipenuhi dengan racun dan kekotoran yang bersifat bendalir seperti lender dan ‘catarrh’ atau hingusan maka sekali lagi kuasa hayat kita berusaha mengeluarkan racun-racun kotoran itu dari saluran darah. Dalam masa kuasa hayat itu bertindak untuk menghapuskan racun-racun kotoran itulah maka suhu badan kita menjadi semakin tinggi lalu kita pun dikatakan mendapat demam. Hidung kita kadang menjadi tersumbat, hingus cair mulalah meleleh dari hidung, tekak kita berasa perit dan kering dan nafas pun menjadi semakin berbau busuk. Kita juga begitu letih dan murung.

Sebenarnya semasa kita mendapat demam selesma itu, kuasa hayatlah ketika itu sedang membantu system tubuh kita untuk menghapuskan racun-racun kekotoran yang terkumpul dalam tubuh kita. Oleh kerana racun-racun itu terlalu banyaknya maka tidak dapatlah kuasa hayat itu mengeluarkan racun-racun kotoran itu melalui alat-alat perkumuhan yang biasa seperti poros dubur, kulit, paru-paru dan buah pinggang. Dengan singkat demam itu ialah suatu keadaan di mana kuasa hayat seseorang itu berusaha untuk mengeluarkan benda-benda kotor yang beracun dan berlebihan terkumpulnya dalam system tubuh.

Thursday 26 January 2012

KUMAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENYAKIT



Ramai orang telah mengetahui tentang bahaya kuman kepada kesihatan dirinya di masa ini. Bagaimanapun sedikit benar antara kita yang kurang maklum tentang hubungan kuman itu dengan penyakit yang dihidapi manusia. Kuman dan yang sejenis dengannya seperti bacteria, mikrosop, vairas, dan lain-lain lagi adalah nama-nama hidupan-hidupan yang teramat kecil hingga tidak dapat dilihat oleh mata kita. Kecuali jika kita menggunakan teropong pembesar atau mikrosop. Kuman-kuman ini pula jika terdapat di tempat-tempat yang sesuai dapatlah ia menimbulkan perangian atau ‘fermentation’.

Jenis-jenis Kuman

Kebanyakkan orang percaya bahawa kuman itulah yang menyebabkan kita terkena penyakit seperti demam, cacar, kolera, selesma, batuk, dan sebagainya lagi. Walaupun dalam sesetengah jenis penyakit perkara ini dibenarkan, namun kepercayaan bahawa semua orang terkena atau dikalahkan oleh kuman adalah salah sama sekali. Jarang sekali kita bertanya diri kita mengapa kadang-kadang seseorang itu boleh terkena penyakit yang menjangkit sedang seseorang yang lain pula boleh terselamat? Yang lebih pelik lagi kadang-kadang dalam masa musim wabak demam flu atau ‘influenza’ misalnya ada orang sekali terkena sedang seseorang yang lain pula terselamat padahal mereka itu mungkin tinggal serumah.

Ini menunjukkan ada sesuatu dalam diri manusia itu yang menyebabkan ianya mudah terkena penyakit ataupun sukar sekali terkena penyakit yang menjangkit. Sebenarnya setiap manusia itu telah dikurniakan suatu ‘senjata’ yang disebut kuasa hayat ‘body resistence’ dalam bahasa Inggerisnya. Ada pun kekuatan kuasa hayat ini adalah bergantung pada sejauh mana seseorang manusia itu menjalani cara hidupnya. Semakin patuh ia menjalani peraturan hidup yang sihat dan bersih maka kuatlah kuasa hayatnya itu. Demikian pula sebaliknya.

Bersambung............

Sunday 22 January 2012

Beautician yang kesepian

Haiii... haiii.. haiii.. Salam sejahtera semua... apa kbr anda di luar sana??

Hwwaa.... malam ni saya keseorangan pula duduk dalam rumah... Rasa bosan dan sunyi sepi menyelubungi diri. So tiada pilihan lain lagi selain dari berkunjung dan mencoret luahan hati yang bosan dalam blog ni..
Perut pun terasa nak makan, tapi malas pula nak turun dari tingkat 18 condo ni ke kedai mamak bawah tu.

Actually, badan dah rasa penat kot. Tadi pukul 2ptg saya dan leader saya yang juga sebagai inspirasi idea saya pergi ke Precint 16, Putrajaya untuk menghadiri first tour sixtyninez group untuk tahun 2012 ini. Seperti kebiasaannya leader saya akan mengajak saya ke setiap aktiviti road tour, BOP atau Mega BOP sebab diperlukan untuk jadi beautician untuk buat demo produk kecantikan AESTHETIC4SKIN.

Seperti kebiasaannya, pengerusi majlis bagi road tour tersebut akan dipegang oleh insan yang sangat terkenal dengan kelantangan suara, idea2 bernas yang dileparkan dan mempunyai perwatakan menarik serta boleh menghiburkan hati setiap audience. Insan ini tidak lain dan tidak bukan adalah En. Shah Putra.

Manakala untuk slot sharing pula diambil oleh anak muda yang sangat dikagumi yang mana mencapai status MANAGER dalam usia 21tahun mempunyai 2 buah kereta BMW. 1st car is BMW 3 series.. Then the 2nd Car kalau tidak silap BMW 5 series. Status manager tu bukan senang nak capai woooo... Mesti sekurang2nya mempunyai pencapaian pendapatan RM7,000 dan ke atas. Memang saya respect dengan anak muda ni.

Dan untuk preview dan tunjuk ajar menjadi usahawan online pula dilakukan oleh jutawan muda usahawan internet yang memecah rekod jutawan internet dalam masa yang paling singkat iaitu hanya mengambil masa 9 bulan sahaja dah collect 1.2 juta. Insan ini tidak lain dan tidak bukan ialah jutawan muda Dr. Ahmad Zulfaizal.

Manakala untuk beauty talk pula dikendalikan oleh pakar beautician iaitu Pn. Ima Zara. Inilah kelebihan mengikuti group sixtyninez akademi kerana semua kemudahan ada disediakan. Nak tahu macam mana nak jadi usahawan internet, ada mentor yang mengajar secara teori dan praktikal. Kalau nak tahu pasal produk kecantikan, nak belajar jadi beautician, atau nak tahu cara-cara mengatasi masalah kulit wajah dll, pakar beautician bersedia untuk memberi tunjuk ajar. Dan semua itu diberikan secara PERCUMA apabila telah menjadi ahli group sixtyninez akademi. Best sangat2!!! :)

Hurm... Selepas preview yang bermula pada jam 2.30ptg tu berakhir, masa tu dah pukul 4.40ptg dah... Masa ni turn saya pula nak buat demo di muka akak tu. Demo mengenai produk tebaik ni la.. So apa lagi terpaksa la buat depan mentor2  hebat serta depan beautician2 yang lain.. Pakar beautician Pn. Ima Zara pun ada time tu..

First memang agak gementar la jugak buat demo dikelilingi dengan orang ramai, tapi kejap jer gementar. Bila sudah start buat pembersihan di muka akak tu rasa seronok pula. Gementar pun sudah hilang. So saya pun buat demo di sebelah muka akak tu. Kenapa perlu buat sebelah muka sahaja sebab nak bagi tengok apa perbezaan muka sebelah yang saya pakaikan dengan produk AESTHETIC4SKIN dan muka sebelah lagi yang tidak pakai.

Fuuhhh... Memang nampak beza sangat2. Saya baru sapukan DermaGlow Gel, anak akak tu dah bising2 nampak beza la mak. Nampak garis perbezaan kat tengah2 dahi mak tu. Muka sebelah putih dan tegang.

Haahhh... Itu belum guna Dermashine Day Care lagi, lepas saya sapukan DermaGlow Gel tu sy biar dulu dalam masa 3 4 minit, biar akak tu tengok sendiri melalui cermin perbezaan kulit muka dia sebelah menyebelah.

Lepas tu baru saya letakkan DermaShine Day Care pula. Lepas letak tu dan saya biarkan akak tengok dan rasa sendiri apa perbezaan dengan muka sebelah yang saya tidak sentuh lagi. Kemudian saya pun buat pula kat muka sebelah lagi. Kalau tak buat nanti kang hairan pula orang lain tengok kenapa muka akak sebelah tu  jer yang putih, cerah, berseri dan pipi tegang naik ke atas. Selesai saja buat demo ke sebelah menyebelah muka akak tu tanpa banyak soal, akak tu terus jer beli produk AESTHETIC4SKIN.

Dah agak dari awal akak ni confirm terus beli produk ni.. Sebab mengikut pengalaman saya sepanjang saya buat demo PERCUMA mengenai produk ini memang kebanyakkan mereka akan terus beli masa tu selepas sahaja saya buat demo di muka mereka. Kalau yang tidak beli tu sebab masa tu kurang bajet jer. Tapi lepas tu memang diorang akan beli jugak.

Actually, saya nak letak muka akak yang saya buat demo tadi tu tapi gambar ada kat handphone leader saya pulak.... Esok jelah saya letak.. Esok kamu tengok ye hasil demo yang saya buat...

Hurmmm... Rasanya sampai sini jelah coretan luahan hati yang bosan ni... Terima kasih kerana sudi membaca.. Tata... :)

Saturday 14 January 2012

Kelebihan & Kekurangan ASB

Salam sejahtera buat semua... Saya baru balik dari menghadiri kelas Produk MAA Takafulink.. Banyak ilmu yang saya perolehi pada hari ini. Hari ini saya mendapat tahu bahawa hampir 90% daripada orang yang berduit akan menyimpan duit mereka di Bank Amanah Saham Bumiputera (ASB). Kenapa ye?? Apa kelebihan dan keistimewaan bank tersebut bagi anda semua??

Dan tidak ramai orang yang tahu bahawa ada cara menyimpan duit yang memberikan faedah serta binefit yang lebih baik daripada ASB. Saya pun sangat2 teruja dengan apa yang saya pelajari pada hari ni. Pernahkah anda mendengar lebih terperinci apa itu MAA Takaful?? Di MAA Takaful lah yang memberikan kita pulangan serta benefit yang tinggi di samping memberikan perlindungan percuma.

Cuba kita fikirkan jika kita yang berumur 30 tahun menyimpan duit RM50 ribu dalam ASB dalam tempoh 10 tahun. Kita andaikan setiap tahun ASB akan bagi kita interest sebanyak 10% (Rating faedah yang ASB bagi setiap tahun adalah 8% - 10%). So untuk tempoh 10 tahun kita simpan duit tu berapa banyak duit kita terkumpul dalam ASB tersebut selepas dibayar interest?? Lebih kurang RM129, 654.oo kan. Patutlah ramai orang simpan duit di ASB.

Tapi di sini saya akan tunjukkan serba sedikit apa itu MAA Takafulink(MTL). Ini saya just nak cerita basic plan sahaja. Maksudnya saya hanya akan cerita benefit utama sahaja. Benefit tambahan yang sebanyak 23 benefit itu saya tidak sentuh. So kita lihat di sini ya. Kita ambil situasi yang sama seperti penyimpan di ASB tadi iaitu berumur 30 tahun dan menyimpan duit dalam MTL sebanyak RM50 ribu dalam tempoh sepuluh tahun. Apa yang istimewanya di MTL ini, dia akan beri perlindungan kepada client. So lets say, 30% daripada RM50K tadi kita letak dalam Basic iaitu perlindungan (insuran). So perlindungan yang penyimpan dapat adalah RM750 RIBU. Dan duit yang selebihnya lagi 70% kita letakkan dalam Top Up atau dikenali sebagai simpanan atau investment. So duit kita dalam bahagian simpanan adalah RM35 Ribu.

Dan sudah tentu setiap syarikat mempunyai cas pengurusan. Bagaimana mereka uruskan simpanan kita jika mereka tidak dibayar cas pengurusan. Ini lebih dikenali sebagai wakalah dan tabarru'. So daripada jumlah duit yang kita letak 30% dalam Basic tadi, syarikat akan tolak 60% untuk kos wakalah dan tabarru. So duit anda yang tinggal dalam Basic tinggal RM6,000. Dan dalam bahagian Top Up Pula syarikat akan tolak 5% sebagai wakalah. Bermaksud duit kita dalam Top Up selepas tolak 5% wakalah adalah RM33,250. So jumlah baki duit anda dalam akaun tinggal RM39,250. Duit kita jadi kurang kan selepas tolak wakalah dan tabarru' kan. Rugi tak??

Ini belum kira lagi apa yang berlaku sekiranya kita simpan sehingga 10tahun seperti kita simpan 10tahun dalam ASB tadi. So berapa rasanya kita dapat selepas kita menyimpan selama 10tahun?? Untuk pengetahuan kita semua, MTL memberikan pulangan yang sangat baik untuk setiap pelanggannya. Boleh mencecah sehingga 16 unit untuk 100 unit pegangan. Lebih kurang 16% la. So duit terkumpul kita selepas 10tahun adalah lebih kurang RM173,141. 

So bandingkan duit di ASB kita hanya RM129,654 tapi duit kita di MTL pula RM173,141. Mana yang lebih banyak??

Jawapannya kita tidak rugi walaupun pada permulaan kita menyimpan tu duit kita jadi susut tapi kita sudah dapat perlindungan sebanyak RM750 RIBU. Sekiranya terjadi kematian atau hilang upaya kekal, kita akan dapat RM750 RIBU dan duit simpanan kita.

Cuba kita fikir, kita menyimpan duit dalam ASB tadi, sekiranya terjadi kes kematian atau kurang upaya kekal kepada kita. Malang tidak berbau.. Kita tidak tahu bila masa kita akan meninggal atau mendapat kecelakaan. So seandainya itu berlaku kepada kita, duit dalam ASB tadi kita akan dapat RM129,654.

Manakala jika anda menyimpan di MTL pula, seandainya berlaku kes-kes tersebut, kita akan dapat duit simpanan kita RM173,141 serta duit perlindungan kita RM750 Ribu, So total duit yang kita dapat adalah RM923,141. Banyak tak??

Inilah perbezaannya menyimpan di ABS dan  MAA Takafulink.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di talian 017-6768685 ~ cik fifie. Saya dan consultant-consultant yang lain bersedia menjawab apa jua persoalan anda...

Produk TAKFULINK merupakan produk yang TERBAIK selama 3 tahun berturut berbanding dengan syarikat-syarikat yang lain seperti etiqa, prudential, AIA dll.

Thursday 12 January 2012

KENALI DIRIKU

Hello everyone....
Nama saya Fifie Hirano, just call me Fifie pun boleh la..
Anak kelahiran Sabah Negeri di Bawah Bayu.
Mempunyai 5 orang kakak dan seorang abang. Maksudnya anak bongsu kepada 7 orang adik beradik.
Masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Jika anda pernah dengar kolej KLMU yang glamour tu di situ la saya menuntut.
Selain daripada itu, saya juga menjadi seorang pelajar di sebuah akademi iaitu akademi sixtyninez.. Pernahkah anda mendengar apa itu akademi sixtyninez??
Akademi inilah yang membuka ilham, dan meluaskan idea saya sehingga tercetusnya idea untuk buat blog ni..
Saya akan dedahkan satu persatu mengenai hari-hari yang kulalui bersama sixtyninez akademi..
Apa yang kucoretkan di sini segala-galanya adalah kisah benar suka duka pahit dan manis menempuh kehidupan ini serta pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang saya lalui setiap hari..

Fifie di Putrajaya
Menghadiri majlis perkahwinan
CEO Sixtyninez Akademi